Rabu, 29 Jun 2011

Buang Anak

Sakit betul hati aku tiap kali ada berita keluar kat akhbar tentang gejala buang anak.. Bengong tul... apasal nak di lempar merata-rata.. dah la awak tu buat maksiat merata-rata, anak yang bercambah dari benih sendiri pun di buang macam anak kucing..
Seruan buat bakal-bakal ibu anak luar nikah.. kalau betul korang malu, barang yang lepas dah lepas.. mana lah tahu kalau-kalau anak korang yang korang kandung tu sebenarnya anak yang bakal menjaga korang suatu hari nanti? Belum tentu lagi anak yang lain bakal menemani hari tua korang.. tu pun kalau ditakdirkan Tuhan korang ada anak yang lain.. Entah-entah terus mandul! Kalau tetap juga tak terbuka hati terhadap anak kecil itu... letakkanlah dia dihadapan rumah orang ke.. di masjid ke.. jangan lah letak kat perdu pokok, tong sampah.. dan ada yang melampau campak kat sungai or what else lah... Patutnya korang cuba dulu duduk kat tong sampah tu barang semalam da merasai nikmat ke tak duk kat situ..
Aku bukan apa.. pengalaman sendiri yang bersusah payah nak dapatkan anak membuatkan aku begitu menghargai setiap kelahiran anak-anak aku.. tu yang aku heran tuh.. kita yang beria-ria nak anak susah lak nak dapat.. bergolok gadai nak tanggung kos lahirkan anak.. korang boleh beranak cam nak b***k jer.. anak sulung lak tuh.. mesti korang dah berlatih nak push sorang? buat yang popuan lak.. jangan lak bangang sangat... setia sangat ke pakwe korang tu sampai semua benda nak bagi.. pastu bila dah termengandung, yang mengandung pun korang, yang kena tanggung pun korang, yang malu mak bapak korang.. dan mana pakwe korang yang best dan setia giler tu.. ??? dah blah la kan? So LU FIKIRLAH SENDIRI...

Selasa, 28 Jun 2011

Aku, Mikhail dan Astro

Kadang-kadang terdetik jugak dlm perasaan.. teringin jer masa untuk bersendiri… sekejap pun jadilah.. untuk memberi ruang untuk diri sendiri… rasanya hampir tiada masa untuk diri.. terasa diri ini tak terurus.. makin comot, makin letih dan makin tak keruan..
Tapi bukan maksud ayat itu aku  aku nak melupakan alam realitiku.. di temani tiga lelaki setiap hari.. bergaduh, bersenda, berkelabut dan segal a ‘ber’ lagi…
Cuma terasa.. alangkah nikmatnya dapat bersendiri.. sehari pun cukup lah.. pergi ke Herbaline.. pastu gi sauna.. BESTNYER… semua itu selalu berlaku sebelum aku melahirkan Mikhail….
Bercerita tentang Mikhail, anak kecilku itu sudah mulai menunjukkan kerenahnya yang pelbagai.. mula2 dia buat perangai asyik lapar…. jer… semua benda dia nak makan.. pastu diluahkan balik sebab kenyang… sekarang dah pandai menampar orang.. mana dia belajar pun aku tak tahu.. nak kata dari Adam.. sifat mereka terlalu berlawanan.. dan semenjak dua menjak ni.. nak BERBOGEL.. bukan takat baju.. pampers pun tak nak pakai.. aku yang sangat2 naif tentang rawatan alternative mencuba untuk membuat air tawar kut-kut berubah la fiilnya.. Alhamdulillah selepas 3 hari dah mula pakai baju.. tak lah risau sangat aku.. ni tak, hujan ribut ker, aircond ke.. dia tetap taknak pakai baju.. kena kenan apa pun aku tak tahu..
Tgh menaip ni baru aku ingat … sebenarnya aku on lappy sebab nak buat bayaran bil astro melalui internet banking.. tp bila ingatkan kempen boikot astro tu… terbantut la kejap.. nak jer boikot sebab aku amat terasa kenaikannya sebab aku bayar 3 bulan sekali.. dan aku pakai 3 dekoder kat rumah.. tp bila pikir balik… aku taknak bayar yang bilik Adam jer… sebab sunyilah aku kalau takder  Astro… tp kalau tak boikot mesti Astro makin seronok naikkan bil lepas ni… Ala… ni tak best ni..

Terkesima

Membaca keluaran terbaru Mastika Julai 2011.. aku menangis tersedu-sedu.. hobiku sebagai peminat setia majalah itu terbantut.. Luahan hati seorang ibu yang kehilangan anak lantaran penyakit yang tak mengenal mangsanya.. sedih betul aku.. kalau aku kehilangan anak yang cuma seusia 12 hari pun traumanya terasa sehingga kini, bagaimanalah perasaan ibu itu yang saban hari menanti hari perginya anak kecil yang manja dipanggil Abang buat selama-lamanya.. Teguh hatinya cuba melunaskan semua kehendak anak kecil itu yang pelbagai, merayu dengan pemandu lori sampah, jengkaut, bomba untuk anaknya merasa menaiki kenderaan idamannya.. Anak kecil itu mungkin tak tahu dirinya bakal di jemput Illahi.. lantaran itu gembiralah hatinya kerana segala permintaannya termakbul.. yang aku fikirkan.. mungkinkah dia tahu dia bakal meninggalkan manusia yang melahirkannya? Bukan menidakkan kehendak Tuhan, bukan mahu melawan takdir Esa.. namun andainya dia mengerti.. tentu tak sanggup dia pergi meninggalkan ibunya yang begitu kuat, begitu sayangnya dan begitu cekal mengharungi situasi itu.. Tuhan sudah mengatur yang terbaik.. ibunya yang tahu anaknya bakal pergi sempat menunaikan kewajipannya, sempat memberi kasih sayang yang seutuhnya...

Ingatan aku terus berputar pada diri sendiri.. kalau dia mampu mengharunginya.. kenapa tidak aku... sehingga kini aku tak betah lama di kuburan Damia Antasha.. terlalu rindu padanya.. aku kan cuba membuang sedikit kesedihan itu.. walaupun tiap kali terlihat anak-anak perempuan kecil.. hati ku mesti terusik namun aku tahu.. Asha tenang di sana.. Asha, tunggu mama di sana! AlFatihah..