Sabtu, 19 Januari 2013

Kenapa Cat Steven Masuk Islam?



Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya – siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, “Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya.”
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, “Stevens”. Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!
Here’s a snip from the full piece:
I realized that everything belongs to God, that
slumber does not overtake Him. He created everything. At
this point I began to lose the pride in me, because
hereto I had thought the reason I was here was because of
my own greatness. But I realized that I did not create
myself, and the whole purpose of my being here was to
submit to the teaching that has been perfected by the
religion we know as Al-Islam. At this point I started
discovering my faith. I felt I was a Muslim. On reading
the Qur’an, I now realized that all the Prophets sent by
God brought the same message. Why then were the Jews and
Christians different? I know now how the Jews did not
accept Jesus as the Messiah and that they had changed His
Word. Even the Christians misunderstand God’s Word and
called Jesus the son of God. Everything made so much
sense. This is the beauty of the Qur’an; it asks you to
reflect and reason, and not to worship the sun or moon
but the One Who has created everything. The Qur’an asks
man to reflect upon the sun and moon and God’s creation
in general. Do you realize how different the sun is from
the moon? They are at varying distances from the earth,
yet appear the same size to us; at times one seems to
overlap the other.
Even when many of the astronauts go to space, they
see the insignificant size of the earth and vastness of
space. They become very religious, because they have seen
the Signs of Allah.

Wanita Dengan 69 Anak


Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?
Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama  Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.
Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua,bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).
Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.
Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

Doa Waktu Pagi

Panggilan Kecemasan


Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. 
Tiba-tiba seorang menjerit.. 
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!" 

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. 
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri.. 
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.. 
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.. 

Selasa, 4 September 2012

Manusia

Kadang kala.. bila nafsu amarah menguasai fikiran, bermaca2 boleh berlaku.. aku juga manusia biasa yang tidak betah apabila syik dihentam dan terus dihentam tambah-tambah lagi atas perkara yang aku sendiri tak tahu, tak mahu tahu malah tak ingin tahu.. Demi kebahagiaan insan2 di sekeliling, aku pekakkan telinga dan ku pejamkan mata.. melayari hidup seolah-oleh tiada apa yang berlaku...
tolonglah, aku merayu tolonglah jangan jadikan isu-isu kekeluargaan sebagai medan melepaskan amarah.. aku sudah puas asyik ditengking, dimarahi tanpa sebab dan kadangkala kerana hendahk menegakkan pendirian sendiri.. tak mahu terlibat..
Aku telah kehilangan seorang sahabat baru.. sahabat yang sebelum ini pernah berkongi kisah duka dan kisah suka bersama.. kasangkala airmata menitis mengenangkan nasibnya..manum aku perlu redha, aku tak mampu berdampingan dengannya lagi demi mempertahankan kehidupan dan kebahagiaan dia dan anak2nya walaupun saban hari ku dengar kisah penderitaannya menangis dalam senyuman...
Kini, aku perlu melangkah untuk mempertahankan kebahagiaan keluarga besarku sendiri.. tp aku tak mampu... aku jadi letih... walaup0un boleh dikatakan sudah 90% berjaya tapi masih ada anasir2 tak guna yang suka melihat orang lain sengsara aalkan diri sendiri bahagia atas kesusahan orang lain..
Kini aku berfikir sendiri.. kenapalah aku bodoh sangat memperhambakan diri untuk kebahagian orang lain sedangkan aku sendiri lupa aku juga ada seorang lelaki yang mendambakanku san dua anak kecil yang perlukan perhatianku...
Tujuan ku kini hanya satu.... bila keluargaku bahagia... pergi MAMPUS dengan mereka2 itu yang tak henti2 mengganggu.. biar mereka tak keruan sendiri... biarkan!

Jumaat, 20 Julai 2012

TAKWIM RAMADHAN KELANTAN

Ramadhan bakal menjelang esok.. tak sabar-sabar anak lelaki sulungku Danish Adam belajar puasa, merengek-rengek nak ikut papanya pergi tarawikh.. kita tengoklah nanti papa dia dapat tak tarawikh atau dia sorang jer tarawikh.. papa dia mengejar...
Kat bawah ni ada Takwim untuk panduan umat Islam di Kawan Negeri Kelantan sepanjang Ramadhan.. Selamat Berpuasa!!!!!!!!







ASAR
ZOHOR
DHUHA
SUBUH
IMSAK
ISYAK
MAGHRIB
1
SABTU
4.43
1.20
7.33
5.48
5.38
8.42
7.32
2
AHAD


7.34


8.41
7.31
3
ISNIN



5.49
5.39


4
SELASA







5
RABU
4.42


5.49
5.39


6
KHAMIS







7
JUMAAT
4.42
1.20
7.34
5.49
5.39
8.40
7.31
8
SABTU
4.41






9
AHAD







10
ISNIN



5.50
5.40


11
SELASA
4.40
1.20



8.39
7.30
12
RABU


7.35




13
KHAMIS







14
JUMAAT
4.39
1.20
7.35
5.50
5.40
8.39
7.30
15
SABTU



5.51
5.41
8.38

16
AHAD
4.38





7.29
17
ISNIN





8.37

18
SELASA
4.37






19
RABU







20
KHAMIS
4.36




8.36
7.28
21
JUMAAT
4.36
1.19
7.35
5.51
5.41
8.36
7.28
22
SABTU
4.35






23
AHAD



5.52
5.42
8.35
7.27
24
ISNIN
4.34
1.18





25
SELASA
4.33




8.34

26
RABU






7.26
27
KHAMIS
4.32




8.33

28
JUMAAT
4.31
1.18
7.34
5.52
5.42
8.33
7.26
29
SABTU
4.30
1.17
7.34
5.52
5.42
8.32
7.25
30
AHAD
4.30
1.17
7.34
5.52

8.32
7.25