Sabtu, 12 Mac 2011

At Kuala Pilah

Dah sampai kek Pilah ni den takleh cakap Kelantan lagi ni ha... kono la cakap nogori.. bak kato oghang masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum tapi kok raso kek den takdo mengaum lagi do.. dah kono 'ngap' ngan ghimau tu.. tak dapek nak buek apo-apo...!!
Hari Khamis malam Jumaat dah goghak daghi Kelantan.. sampai kek Kuala Lumpur tido kek Hankyu Hotel area Kampung Baru.. Walaupun hotel lama tapi boghosihnyo hai.... suko.. den suko... yang ponting JIMAT! disebab kan den tak sompek membooking bilik yang termaktub dalam 'airtimeshare' iaitu Swiss Garden ataupun Legend jadi di situlah hotel yang menjadi pilihan den.. sonang nak melantak yo sebona eh!! Nak meround Chow Kit pun sonang!! Eh merapu lak den ni..
Hari Jumaat pepagi subuh dah bersiap nak ke Kedutaan Indonesia nak menguruskan 'bibik' nak sambung pasport!!! Seghonok agaknya duduk ngan den ni walaupun den ni kodokut nak mampuih!!  Duk Kat situ sampai pukul 5 potang.. sompek membawak anak-anak teruno den yang lasaknya hai... tak tertanggung dek den nak mengojar ke Times Square! Kek situ lantaklah dio nak main berapo trip sampai kalau tak salah den adam naik Honey Bump pun sampai 9 kali, yang lain tu memang diulang tigo, ompek kali...
Lopeh  tu den ngan anak-anak dan adik bungsu den yang nama glamernya Pokchek naik teksi ke Kedutaan sobab nak ngelakkan jem..
Lopeh tu terus jer k ekampung berkonvoi dongan adik kombar den yang sememangnya pantang diajak ke Pilah.. memang nak ngikut... Sampai kek pilah dah dokek jam 7.. mak mertua den tongah ngocutkan kambing.. baguih botul menantu ni.. botul balik nak melantak yo... Yo lah.. sesampai yo kitorang terus ke meja mencari apo yang ado... dah siap makan baru ingat nak bertanya tuan rumah dah makan ko bolum! LAPAR!!
Haghi ni konduri kesyukuran... meriah... tapi tak seramai selalu yang datang.. Adik-adik den ni pun bersungut.. Leko makan jo.. tak konyang-konyang!! Den pun dah 'capek' ni... dah keluar bahasa indon dah ni.. esok nak balik.. ajak laki lalu ikut Canmeron Highland.. alang-alang dah jalan baik melencong terus... BYE-BYE

Isnin, 7 Mac 2011

Lamanya Tak Bertenet

Lama sangat aku rasa aku tak mengadap internet... sejak tahun 2011 ni.. boleh dikatakan jadual aku agak 'packed'.. seawal 4 pagi aku dah bangkit dari tidur untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak (actually sebenarnya aku kerja tapi di sebabkan tak sampai hati membiarkan mama memasak seorang diri jadi aku tawarkan diri) ..
Nasib baik Adam dah pandai balik kerumah dengan bas sekolah.!!!!!!!!
Kerja! Kerja! Kerja! Tapi tak kaya, kaya jugak..
Kadang-kadang rasa kesian timbul melihatkan anak-anak yang masih kecil.. tapi nak buat macamana...
Nak suruh papa diaorang sorang yang kerja alamatnya sengetlah bahu..
Segala-galanya duit... Yuran sekolah, tuisyen, bas sekolah, ansuran motokar, insuran, astro,bil elektrik, bil air, bil telefon... bla,bla,bla...
tu belum lagi susu, pampers, sabun, barang makanan...dan yang paling penting.. ubat-ubatan anak-anak yang sometime mencecah ribuan ringgit .... fuh memang banyak kalau nak fikir.... ribu-ribu tak cukup.. ratus-ratus lagi lah tak cukup!!!!!!!!
Zaman sekarang ni memang nampak sangat kalau tak ada duit alamatnya dapur tak bergas (takde dah asap sebab tak pakai kayu api), anak tak sekolah ... dan nak bertenet pun tak dapat.............