Selasa, 18 Oktober 2011
Banjir dah nak mula
Macam-macam berlaku dalam hidup saya dalam dua bulan kebelakangan ni.. terlalu pantas, tak terkejar dibuatnya... Tanggal 26 hb September 2011 ibu mertua saya Allahyarham Hasimah bt Ahmad meninggal dunia. Tak tahu nak di gambarkan suasana keluarga suami saya dek kerana dia adalah seorang yang sangat kecoh dan ambil berat. Dua tiga hari pertama ketiadaannya memang memberikan impak yang sangat besar dalam keluarga. Suami saya mempunyai keluarga yang tidak besar, jadi apabila ada yang meninggal dunia, kesannya begitu ketara. Saya pun tidak betah nak memandang wajah bapa mertua saya yang terkejut dengan permergiannya yang berlaku secara tiba-tiba. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar walaupun badan sedikit penat kerana 10 hari sebelum itu asyik ulang alik Kelantan-Kuala Pilah kerana ibu mertua saya jatuh sakit. Awal bulan Oktober pula, Mikhail menunjukkan tanda-tanda macam nak asma tapi saya bertahan kerana kesiankannya yang masih kecil. Tetapi tiba-tiba suhu badannya naik sehingga 40.7 darjah celcius membuatkan suasana menjadi panik tiba-tiba. Mikhail terus dihantar kehospital kerana risau akan implikasinya sebab badannya tiba-tiba panas mendadak. Sampai di hospital, doktor memberitahu paru-parunya di jangkiti kuman. Saya redha anak saya dimasukkan lagi ke wad. Sebenarnya sudah naik kesian saya tengok dirinya yang masih kecil disuntuk sana sini tapi apakan daya.. Empat hari di hospital Mikhail di benarkan pulang. Badan saya pula yang mula merasa letih... suami saya sudah dua hari demam. Mungkin mula merasai kerinduan pada ibunya atau mungkin sudah tidak tahan sebab keletihan. Sekarang kami sekeluarga perlu menjalani hidup macam biasa. Selalu risaukan bapa mertua saya di kampung yang asyik kesediahan. Maklumlah teman tidurnya selama 45 tahun, bukan sekejap masanya.... moga jodoh saya pun seperti itu.....
Langgan:
Catatan (Atom)