Melihat pada kelakuan remaja zaman sekarang yang beraninya melampau-lampau, tibul ketakutan hati ini untuk menempuh situasi apabila anak-anak semakin membesar... kadang-kadang terasa seolah budak-budak ni mengejar waktu untuk lebih cepat membesar.. Kadang-kadang hilang kesabaran dek kelakuan yang suka mengacau orang, kalau dilarang mulalah mengadu domba pada ibu bapa yang tidak tahu situasi sebenar.. belaku lah perbalahan mulut yang kadang-kadang membawa kepada sama menyaman..
Hmm... Nauzubillah.. minta jauh dari keadaan ini, anak-anak mama Danish Adam dan Danish Mikhail, mama nak sangat tengok kamu berdua membesar dan menjadi remaja yang baik...
Khamis, 17 November 2011
Erat
Sejak pemergian arwah ibu mertua, suasana dalam intitusi kekeluargaan berubah hampir 180 darjah. Nampak macam tak ada kaitan tapi sebenarnya mmg meninggalkan kesan yang tak diduga. Pastinya keriuhan rumah semakin kurang, paling meruntun hati bila anak2 yang seolah tidak mengerti perkara yang berlaku merengek2 dek tiada panggilan telefon yang memang dilakukan oleh wan nya hampir setiap hari.
Suami saya pula, yang sangat saya sayang dan cintai berubah laku, menjadi seseorang yang amat pendiam. Kadang2 sampai naik malas nak bertutur bicara, tapi kerana mengerti situasinya, hanya dipendam sahaja. Hati ini, kadang-kadang rasa seribu penyesalan bersarang kerana kadang-kadang pesanan2nya diambil enteng, macam tak ada makna, dan saya sebagai satu-satunya menantu perempuannya, boleh dikatakan tidak begitu taat.
Bertukar topik pula, keadaan ekonomi kini walaupun boleh dikatakan lebih ok dari sebelum ini, tapi dek komitmen yang semakin meninggi membuatkan hati makin gelisah. Masakan nak saya biarkan suami saya bersendiri menanggung beban isi rumah yang tak pernah cukup. Benar kata orang, setinggi mana pun belajar, serajin mana pun kita, tapi kalau nasib itu tiada maka tiada lah rezeki kita. Tapi Alhamdulillah, walaupun persaingan sangat sengit namun saya beruntung pelanggan-pelanggan saya memang terus setia dengan saya. Cuma ada satu perkara yang jelas ketara bila semua ini berlaku.. HUBUNGAN KEKELUARGAAN MENJADI SEMAKIN ERAT! sebabnya sebelum ini saya begitu sibuk mengejar duit sehingga lupa pada permata hati saya yang tak jemu-jemu menanti kelibat saya pulang ke rumah, kadang2 tak sampai 5 minit di rumah saya dah keluar bekerja semula.. begitu lah setiap hari bermula jam 5 pagi sehingga lewat malam. Sebab itu kadang-kadang saya berkecil hati bila mereka lebihkan bibik dari saya.. dan kini, bila kerja semakin berkurang, saya punya banyak masa.. bermain bersama, menyuapkan makanan, melayan anak saya menjawab ACTIVITY BOOK, malah kadang2 bermain SAIDINA BERSAMA. Betapa indahnya momen-momen yang saya lepaskan selama ini...
Kalaulah saya punya rezeki untuk menender di tempat yang besar lagi, rasanya saya lebih rela lepaskan kerja memasak sebelah malam kepada pekerja kerana saya tak sanggup lagi terlepas peluang melihat anak-anak saya membesar, melihat perkembangannya dan merasai kebahagiannya.Memang besar anugerah Allah kepada saya selama ini tapi saya terlupa, mereka ini lebih besar nilainya dari nilai jualan sebanyak RM12K sehari itu..
Saya masih mahu melaksanakan kerja-kerja besar tapi saya benar-benar harap andai selepas ini dibukakanlah pintu rezeki untuk kami, saya akan sedar yang semuanya perlu seimbang.. bukan semuanya perlu dilaksakan sendiri...

Langgan:
Catatan (Atom)