Kadang-kadang terdetik jugak dlm perasaan.. teringin jer masa untuk bersendiri… sekejap pun jadilah.. untuk memberi ruang untuk diri sendiri… rasanya hampir tiada masa untuk diri.. terasa diri ini tak terurus.. makin comot, makin letih dan makin tak keruan..
Tapi bukan maksud ayat itu aku aku nak melupakan alam realitiku.. di temani tiga lelaki setiap hari.. bergaduh, bersenda, berkelabut dan segal a ‘ber’ lagi…
Cuma terasa.. alangkah nikmatnya dapat bersendiri.. sehari pun cukup lah.. pergi ke Herbaline.. pastu gi sauna.. BESTNYER… semua itu selalu berlaku sebelum aku melahirkan Mikhail….
Bercerita tentang Mikhail, anak kecilku itu sudah mulai menunjukkan kerenahnya yang pelbagai.. mula2 dia buat perangai asyik lapar…. jer… semua benda dia nak makan.. pastu diluahkan balik sebab kenyang… sekarang dah pandai menampar orang.. mana dia belajar pun aku tak tahu.. nak kata dari Adam.. sifat mereka terlalu berlawanan.. dan semenjak dua menjak ni.. nak BERBOGEL.. bukan takat baju.. pampers pun tak nak pakai.. aku yang sangat2 naif tentang rawatan alternative mencuba untuk membuat air tawar kut-kut berubah la fiilnya.. Alhamdulillah selepas 3 hari dah mula pakai baju.. tak lah risau sangat aku.. ni tak, hujan ribut ker, aircond ke.. dia tetap taknak pakai baju.. kena kenan apa pun aku tak tahu..
Tgh menaip ni baru aku ingat … sebenarnya aku on lappy sebab nak buat bayaran bil astro melalui internet banking.. tp bila ingatkan kempen boikot astro tu… terbantut la kejap.. nak jer boikot sebab aku amat terasa kenaikannya sebab aku bayar 3 bulan sekali.. dan aku pakai 3 dekoder kat rumah.. tp bila pikir balik… aku taknak bayar yang bilik Adam jer… sebab sunyilah aku kalau takder Astro… tp kalau tak boikot mesti Astro makin seronok naikkan bil lepas ni… Ala… ni tak best ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan