Agak dangkal bunyinya bila dikatakan aku sendiri agak terasa sunyi bila Bibik tiada menemani.. walaupun dia hanya pembantu rumah warga asing bagi orang lain.. tapi bagi aku dia seolah-olah ibu kedua untuk anak-anak saya, peneman bila saya meluahkan rasa sedih, sakit hati.. kadang-kadang jadi tempat melepaskan marah..
Hari ini hari kedua saya dan suami menjalani Ramadhan tanpa dia.. Walaupun sekadar cuti (terasa juga tak yakin.. kot-kot dia tak datang balik) selama 3 minggu tapi suasana terasa agak janggal sebab dia sudah hadir kedalam rumahtangga saya hampir enam tahun.. Hari pertama pergi iaitu pagi semalam.. kejanggalan mula terbias pada wajah Mikhail yang tersasul memanggil namanya.. tapi terus diam seolah-olah faham!! Terbalik pula bagi bibik yang beberapa kali membuat panggilan telefon ke Malaysia, tersa janggal pulang kempung.. suasananya, lauk-pauknya.. (cam lupa diri lak) siap komplen panas tak ada aircond..Hari ini pulak dah tiga kali dia menelefon.. last sekali sejurus belum Adam tidur sebab nak dengar suaranya.. RINDU! Aduh.. tergugat juga jiwa saya sebagai ibu tapi apakan daya.. memang dia bibik yang baik.. tapi takdelah sampai anak-anak saya tukar terus saya dengan dia tetapi dek kebiasaannya dia sentiasa ada menguruskan urusan rumahtangga menjadikan peraasaan sedikit sukar.. Dan dia cakap anak-anak dia langsung tak mahu datang dekat.. kesian pulak saya mendengarnya sebab saya menggajikannya untuk menjaga anak2 tatkala saya dan suami mencari rezeki.. dan dia meninggalkan anak-anaknya menjaga anak saya juga untuk mencari rezeki dan pasti untuk kesenangan keluarganya sebab memang dia hantar duit gajinya 100% ke kampung dan dia sendiri hanya berharap pada saya kalau inginkan sesuatu.. nasib baik dengan saya.. sebab sebelum ini, setelah habis kontrak dua tahun pertama dengan saya, dia memohon untuk datang ke Malaysia lagi dan di berikan pada majikan lain. majikan pertama dia hanya bertahan selama sebulan dan majikan kedua 8 bulan.. tu pun sebab bertukar majikan kepada saya setelah saya dapat mengesannya, menghubungi sekadar untuk bertanya khabar tapi bertukar jadi misi menukar majikan.. pujuk memujuk dan banyak yang cair.. berjayalah dia pulang ke rumah saya.. dan bibik yang menggantikan dia saya hantar pulang ke Indonesia.. sebabnya memang tak serasi dari awal, dan beberapa kesalahan yang rasanya kalau orang tak sabar rasa mesti masuk muka depan suratkhabar dek kena dera.. tak payah citer.. wat sakit hati jer.. so.. 18 hari lagi akan saya tempuhi dengan relax, kerja, mangasuh dua Ultraman disamping sokongan suami yang super supporting!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan