Tanggal 26 hb Mei 2012,jam 11 pagi istiadat peminangan dilangsungkan untuk melengkapkan adat.. pertunangan tidak dilakukan lebih awal untuk mengelakkan panas dikala darah tengah manis.. lebih cepat lebih mudah lebih ringkas.. Si gadis sopan berbaju merah jambu menanti diri rasmi disunting ibu sang arjuna.. malu-malu tapi mahu.. keluarga sang arjuna juga begitu ramah mesra membuatkan kami begitu berbahagia dengan keadaan ini..
Menanti Bakal ibu mertua
Ain berposing dengan mama, abah dan twinnya Aini
Menyantap
Pukul 4 petang kedua belah pihak sudah bersedia untuk upacara yang paling penting iaitu PERNIKAHAN di masjid besar Tanah Merah.. Ain yang pada mulanya nampak rileks mula gementar dan gugup.. lebih-lebih lagi bakal suami.. Tatkala melangkah ke majlis terserlah diwajahnya yang putih kemerahan tanda-tanda keresahan.. Al-maklumlah.. kalau di ikutkan apa yang akan diakadkan nanti adalah tanggung jawab terbesar seorang lelaki..
Oh ya.. lupa nak memperkenalkan bakal adik ipar saya ni.. orang nya biasa-biasa jer.. tinggi biasa-biasa jer.. tahap kehenseman pun biasa-biasa jer.. cute lebey sket.. hihihi (takleh puji lebih2) seorang anggota berseragam yang berkhidmat untuk negara.. datang dari sebuah keluarga yang besar dan kukuh pegangan agamanya, namanya Sofian, berusia 25 tahun .. tu jer.. yang lain kena investigate lagi.. yang penting dia sayang adik saya.. adik saya sayang dan hormat dia.. itu yang lebih penting...
Ain sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.. confirm dah berlatih ni... mas kahwinnya tak payah di nyatakan di sini nanti ada yang cakap nak menunjuk lak... heheheh
Wajah lega selepas disahkan halal
Membatalkan air sembahyang
Aini nak ambik berkat seri pengantin
Tanggal 27hb Mei lak.. majlis persandingan dilangsungkan.. nampak wajah kegembiraan di alur wajah pengantin..
Kek pengantin
tempat santapan pengantin
budak A'el coverline
Angah jadi cameraman
Singahsana Raja Sehari
Cantik tak I buat?????
Cun tak adik I???? Ada tak cun cam I wakakakakak!!!
The Twins
Pengantin dah mai dah....
Control cun
Alhamdulillah.. majlis disambut meriah... walaupun hidangan yang di sediakan berlainan dari majlis perkahwinan orang lain.. namun Alhamdulillah tetamu yang hadir berpuas hati.. Antara hidangannya ialah, Ayam Sarmawi, Asam Pedas Keladi, Gulai Ikan Kering dan Nenas, Siakap 7 rasa, Gulai Nangka dan Udang Pasir, Masak Taucu bersama Kacang Panjang, Ikan Kukus Goreng, Ikan Kering, Ikan Tongkol Singgang, Ulam, Budu, Bubur Kacang, Mee Soto, Nasi goreng Aneka, Ayam Berempah, Bilis Rangup, Sardine Roll, Karipap Sardin, Karipap Geragau, Apam butter, Apam Polkadot, Donat, Karipap Sira Berlada, Puding, Kek Pisang, Sira Labu...yang lain tak ingat..
Pengantin tersenyum manja, mak pengantin nak terlelap penat.. dan saya selaku kakak pengantin out of servis.. terima kasih jugak buat mak sedara... sumah yang bersengkang mata menyiapkan hiasan-hiasan dan barang hantaran yang superb gubahannya.. memang cantik!!!
*****************
Lastly.. saat yang tak sanggup nak hadapi pun tiba.. Ain bakal di hantar ke kampung suaminya yang tercinta.. cam tak sedia jer nak lepas.. Isk, isk, isk!
Tanggal 31 Mei 2012...Majlis yang diadakan benar diluar bayangan kami.. tersangat-sangat meriah.. tetamunya mak aiii... ramainya.. dengan hidangan yang tahap ingat nak minta bungkus tapi malu.. ada silat.. ada gerai2.. minuman lak bermacam2 pilihan.. lauk-pauk yang berjenis2.. keluarga yang menyambut pulak ramah tamah... terharu betul.. terasa bertuahnya kami punya besan sebaik ini.. Alhamdulillah.. gembira sangat.. dah lah tu .. malam sebelum majlis tu diadakan tahlil.. lauk-lauk kampung dihidangkan.. memang sedap.. bertambah-tambah encik hubby saya makan.. Terasa hilanglah kegusaran nak melepaskan adik kesayangan kepada orang lain.. kalau beginilah baiknya sambutan di terima.. yang penting adik tersayang jaga kelakuan dan jaga peribadi..
Pengantin duk menyantap hidangan pengantin
Si Aini ni.. menarik perhatian orang yang tak tahu Ain ni kembar
Pengantin memilih aii minuman sementara mama menunjuk bakat menuang air..
Wajah2 pengantin dimajlis pihak lelaki
,
Bibik membodek diriku.....
Keesokkan setelah majlis berakhir... tak tahu kenapa.. seribu satu perasaan bergelumang dalam hati.. pesanan buat adik ipar.. jaga adikku baik2.. pesanan buat adik tersayang.. jaga suamimu baik2, banyak bersabar dan yang penting jujur.. Perpisahan ditangisi menyerahkan adik tersayang terus ke bahu Sofian untuk mengambilalih tanggungjawab.. memang terasa sedih tapi kaklong bahagia bila adik2 bahagia.. Love u all...
SELAMAT PENGANTIN BARU... BE ROMANTIC EVER!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan