Sabtu, 31 Disember 2011

Sahabat

Setiap orang punya sahabat, aku juga punya sahabat.. seingat aku seusia aku baru 5 tahun aku dah punya sahabat karib bernama Fadzillah. Anak cikgu tadika aku sendiri. Aku tak dapat menyatakan kenangan2 manis aku dengannya sebab masih terlalu kecil ketika itu.. tetapi aku memang aku ingat wajah dan namanya, masa aku di sekolah rendah pula, sahabat karib aku dikenali dengan nama Nur Fazida. Rumahnya lebih kurang 1km dari rumah ku.. tapi tiap2 hari kalau aku hilang dari rumah maknanya dirumahnyalah aku bermain.. Persahabatan terputus apabila menjengah ke usia remaja bila kami ke sekolah menengah yang berlainan. 
Awal persekolah menengah aku tak punya sahabat yang benar-benar rapat. Tetapi bila menjengah ke tingkatan 2, aku mula rapat dengan Siti Salwa Shuhaida           dan Che Surhaizai. Aku sendiri tak faham macamana aku boleh rapat dengan kedua-dua manusia ini malah persahabatan itu berlarutan hingga kini walaupun kami sudah berjauhan dan punya keluarga sendiri. Beruntungnya aku sebab kedua-dua sahabatku ini tahan maki, tahan kutuk dan kuat semangat. Banyak betul kenangan manis ketika itu. Aku rela meletakkan motosikalku di rumah Salwa semata-mata nak berjalan kaki bersama-sama. Kadang-kadang kalau hujan lebat tiga-tiga basah kuyup. Kuyup betul. Pastu keesokkannya aku dan Salwa sama-sama ponteng sekolah tapi Jaja (Surhaizai) pergi sebab dia kategori rajin sikit berbanding kami berdua. Kalau membonceng motorsikal pun biasanya aku dengan Salwa sebab Jaja sentiasa nak control ayu.. Hahahaha.. banyak betul kenangan manis.

Ketika masuk tingkatan 4, aku berpindah ke sekolah berasrama penuh, aku mula bersahabat dengan Hamli (Am), Safirul Hafizi (Yoe), Marini dan Mawardi. Tetapi persahabatan yang baru terbentuk terlerai tiba-tiba. Mawardi berpindah sekolah dan kalau jumpa sekarang pun dia  buat-buat tak kenal. Marini mengikut jejaknya selepas itu berpindah kesekolah lamanya. Tinggallah kami bertiga. Aku  sering di marahi, dikutuk dan di cerca oleh senior-senior aku sebab rapat dengan rakan lelaki. Sebenarnya perempuan yang tak lasak susah nak berkawan dengan aku sebab cara aku yang agak kasar. Aku juga tak suka main cakap-cakap belakang. Semasa ditingkatan 5, aku mula rapat dengan seorang pelajar bernama Laila dan Nadiah. Kalau diikutkan aku dengan Laila lebih rapat. Kehidupan aku dengan Am agak renggang sebab dia punya 'komitmen' lain dan aku taknak dikatakan penyibuk. Tapi hubungan aku dengan Yoe tetap berjalan seperti biasa.
Namun, panas tidak sampai kepetang, Laila menikam aku dari belakang. Hanya pelajar sekolah sama batch dengan aku yang tahu. Itu pun kerana ianya terbongkar dan dibongkarkan Nadiah. Laila dibuang asrama. Dengan sendirinya, aku dan Nadiah menjadi rapat. Sangat-sangat rapat. Aku dengan Am juga kembali rapat. 
Sehinggalah aku tamat sekolah hubungan aku dengan Nadiah dan Am tetap terjalin. Malah pernah persahabatan aku dengan Am disalah erti kerana kami sangat rapat.
Bila aku berkahwin pada usia yang sangat muda, aku dapat rasakan yang hubungan aku dengan kedua2 sahabat ini makin menjauh.
Selepas usia perkahwinan aku lebih kurang 3-4 tahun, aku bertemu balik dengan Nadiah. Seronok bukan kepalang.
Selepas itu aku mula menjejaki Am..Aku dapat menghubunginya kembali melalui jejak rakan dalam laman sosial MySpace. Am sekarang dah jadi penyanyi dah punya album sendiri.  Alhamdulillah persahabatan ini kembali terjalin malah menjadi lebih erat... 
Sahabat-sahabatku... I Love U all...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan