Ahad, 1 Januari 2012

My dear Adam..

Macam tak percaya bila aku ingat balik, esok Adam dah nak di daftarkan ke sekolah rendah.. Nama Adam memang di idami papanya sejak kami baru berkahwin. Itulah impiannya sejak mula, kalau dapat anak lelaki nak di namakannya Adam.
Aku mendapat tahu bahawa Adam telah berbenih dalam rahimku secara tidak sengaja, baru lewat 1 hari datang bulan, aku membuat ujian di rumah dan keputusannya negatif. Kecewa bukan kepalang sbb aku telah dua kali keguguran sebelum itu. Alat ujian aku buang dalam tong sampah dlm bilik. Beberapa hari selepas itu, ketika mengemas bilik, aku hendak membuang sampah yg ada dlm tong kecil di pintu bilik. Mataku buntang memandang kearah isinya yg hanya dipenuhi tisu dan kertas. Ada 2 garisan. Aku menjerit keriangan. Lantas aku ajak suamiku ke pekan membeli alatan ujian sekali lagi. dek kerana tak sabar, aku menumpang bilik air sebelah farmasi yang aku pergi itu untuk buat ujian. Sekali lagi positif. Tanpa melengahkan masa terus ke klinik untuk membuat pengesahan.
Bila doktor mengesahkan kandungan ku sudah 5 minggu, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya aku kerana diberi peluang sekali lagi untuk menjadi ibu.
Ketika aku mengandung, boleh dikatakan aku ibu mengandung yang agak beruntung. Sebabnya aku tak loya, tak pening malah tak mengidam pun. Sebaliknya bagi suamiku yg hampir tiga bulan berbungkus dengan selimut, pening, loya,dan meraban macam-macam. Cuma aku takut nak memandu kereta sbb kata orang bahaya untuk kandungan.
Melewati usia kandungan 31 minggu. Aku mula merasa kelainan pada kandungan. Tapi sebab tak biasa, aku pendamkan sahaja.
Tepat kandunganku menjengah 32 minggu, ketika itu sedang sibuk dengan katering, tiba-tiba ketubanku pecah. Aku langsung tak tahu itu tanda2 kelahiran. Bila ada pekerja memberitahu aku dah nak bersalin, aku terus menangis ketakutan.
Adam dilahirkan dalam suasana yang selesa tetapi mendebarkan. Mama berada di Kuala Lumpur, suamiku pula menjadi terlalu gemuruh. Hanya nenek saudaraku menemani memberikan semangat. Kemudian hadir ibu saudara ku, Sumah. Semangatku semakin kuat walaupun takut. Doktor yang menguruskan aku bernama Dr Lily Fariza. Hampir 14 jam bergelut akhirnya Adam di lahirkan dengan kaedah ceaserean kerana kedudukannya yg tinggi, tekanan darahu terlalu lemah dan paru-parunya tidak matang. Aku tidak sedarkan diri sehingga keesokkan hari.Sebaik tersedar, aku terus bertanyakan suamiku dimana anak, lantas datang seorang doktor dikenali sebagai Dr Rujhan memberi tahu, anakku kritikal. Memerlukan mesin bantuan hayat. Dia perlu dihantar HUSM segera untuk menyelamatkan dirinya. aku tergamam! Aku menangis, merayu.. ANDAI BENAR KATA DOKTOR DIA CUMA ADA PELUANG 50-50, BERIKAN AKU MENATAPNYA SEKETIKA KERANA MUNGKIN ITU YANG TERAKHIR..aku merayu walaupun doktor tak benarkan. Beberapa minit sebelum Adam di bawa ke HUSM, aku sekali lagi merayu pada suamiku, sekurang-kurangnya berilah peluang walau untuk beberapa saat.. Dan Adam cuma dilalukan dihadapan aku dan aku hanya sempat menyentuh kakinya.. besarnya dugaan ketika itu.
Di HUSM, Adam ditempatkan di NICU selama 13 hari. Hari keenam, sebaik aku discaj dr KBMC aku merayu pada suamiku agar membenarkan aku dapat menjenguk anakku. Terlalu rindu.Tak dapat nak diungkapkan. Pertama kali dapat menatapnya dalam warmer, dengan wayar berselirat, hati bagai dijerut. Rasa berdosa kerana melahirkannya dalam keadaan begini. Tapi bila aku pandang sekeliling, aku jadi lebih kuat.. ada bayi dalam inkubator, ada yg lahir tanpa limpa, ada yang punya masalah jantung, aku tanam dalam hati, anak aku akan selamat. Walaupun ketika itu dirinya begitu menyedihkan namun aku tetap tabahkan hati.



Kini......
Adam semakin sihat dan semakin sihat walaupun diselangi dengan masalah paru-paru yang berpanjangan. Hampir setengah dari hidupnya berada dihospital. Langsung tak boleh lasak sebab paru-parunya mudah dijangkiti kuman. Kadang2 aku terasa ada pandangan sinikal seolah aku terlalu mengawal gerak-geri Adam, tapi aku tak kisah sebab ketika dia sakit tiada siapa yang tahu, sebab aku yang menjaganya saban malam, mengelap badan supaya suhu badan tak meningkat, memujuk supaya tak menanggalkan topeng gas. Malah, mereka2 yang memperli itu juga tidak berada disisiku bila ada masanya dia tiba-tiba lemah dan aku menangis sambil memangkunya untuk dibawa ke hospital. Tahun demi tahun, kekerapan Adam mendapatkan rawatan semakin kurang. Adam semakin sihat dan aku semakin gembira.Sekurang2nya luka dihatiku terubat..







Esok, Adam dah darjah 1.. berdebar pulak perasaan aku. Macamlah dia nak kahwin.. Isk, isk, isk..Ada ker patut..!!! Kalau tengok fizikal dia sekarang memang orang tak kan percaya dulu dia dilahirkan dalam penuh kesedihan dan cabaran. 
To my dear Danish Adam Alemi,
Mama harap Adam akan terus berjaya dan terus sayang mama sampai bila-bila.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan