Rabu, 4 Januari 2012

Ombak Rindu


Badai Ombak Rindu betul-betul mengganas. Macam orang sedia maklum, filem berentak emosi dan cinta agak susah nak mencapai box office kerana jika filem itu gagal memegang penonton hingga akhir tayangan, maka filem tersebut pasti gagal. Kerana, biasanya filem-filem bergenre romantic begini memerlukan pengakhiran untuk memberi kepuasan maksimum kepada penonton

sinopsis-Filem-Ombak-Rindu

Bagi saya, filem Ombak Rindu memang menarik jalan ceritanya. Sangat menarik tetapi saya perlu membaca novelnya sekali untuk memberi  lebih kepuasan. Puncanya, setiap bab dalam novel  diolah terlalu pendek atau ringkas menjadikan seolah-olah filem ini mengejar jalan ceritanya yang panjang supaya cepat habis untuk melengkapkan durasinya yang hanya sekitar 2 jam itu.
Kalaulah dipanjangkan sedikit lebih kurang 30 minit lagi, mungkin filem ini menjadi lebih padat dan lebih menyengat. Tak perlulah sehingga seperti filem-filem Hindustan yang panjangnya kadang-kadang sampai  180minit, nanti akan jadi meleret-leret pula.

Pada awal filem dimana Izzah dipaksa melacur, bolehlah dikira okey  sebab scene itu tak perlu panjang sangat sebab sekadar untuk menunjukkan kedudukan Izzah yang membawa penemuan dengan Harris. Tetapi, tempoh konflik antara Harris dan Izzah terlalu cepat. Macam pergaduhan dalam seminggu jer… senang-senang lak Harris menyesal. Patutnya dia buat penyesalan Haris itu di selangi rasa malu sebab memperlakukan Izzah sebegitu walaupun dalam hatinya dah terdetik perasaan sayang
Lepas tu, timbul isu adegan ranjang. Itu bukan adegan ranjang wahai penonton, tu baru adegan romantic. Sebab nak panaskan cerita disebut adegan ranjang. Saya rasa takderlah terlalu teruk, lebih kurang jer kalau nak dibandingkan adegan rogol dalam Embun yang walaupun tak menampakkan batang tubuh tetapi menampakkan gerakkan yang agak ‘bahaya’, atau adegan dalam Perempuan, Isteri Dan … dan siap berguling-guling dalam kebun getah tu. Cuma adegan itu nampak seksi sebab ia atas katil, di iringi music lembut dan suara Harris yang berbisik. Kalau rasa adegan tu teruk takyah lah tengok. Duk mengata macam-macam… free-free jer Maya Karin dapat pahala umpatan korang.
Pastu bab dimana Izzah sebenarnya mengandung, sepatutnya dia tunjukkan maybe Izzah muntah2 atau dia pergi check kat klinik dan bersedih sendirian memikirkan keadaan Harris bukannya terus jer Mak Jah tahu dan jatuh.. at least ada sikit kepiluan disitu…
Tapi, nak komen lelebih pun sapa la saya ni.. sekadar penonton biasa,penonton pun kat Astro First jer! Actually, totally saya puas hati menonton filem ini sampai suami saya siap perli bila saya mengulang tonton sampai 13 kali. So… bye-bye

OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Sumber Rujukan: Filem Ombak Rindu (Sinopsis, Trailer & OST Lirik Lagu Tema) | Anastasyea Blog 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan