Kita selalu dengar tentang kecurangan suami. Mari lihat apa tanda-tanda kecurangan suami
1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.
2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
3. Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.
4. Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.
5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.
Perkara diatas memang menarik perhatian, tapi sedarkah kita kenapa suami kita curang? Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.
Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.
Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]
Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.
Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.
Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.
Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.
Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.
Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.
Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?
Tapi tak adil kalau hanya bercerita tentang suami sahaja.. sebab zaman sekarang memang ramai isteri yang curang.. antara tanda-tanda isteri yang curang ialah
1. Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu mungkin tandanya dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya.
2. Isteri tidak lagi marah. Kalau dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.
3. Dia mula berahsia. Dia tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu.
4. Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.
5 – Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan kawan-kawan, memberikan andag kad ‘I Love You” secara tiba-tiba, atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.
Dan kebiasaannya punca-punca berlakunya kecurangan dikalangan isteri ialah
1. Kena Sihir Pemisah
Memang ada kes Isteri curang disebabkan kena sihir pemisah atau sihir pembenci. Pengupah tidak semestinya dari ex boyfriend dia, mungkin dari ex girlfriend kita. Kalau kes macam ni mudah nak settle.
Amat malang kalau pengupah dari kalangan ahli keluarga sendiri seperti ibu atau ibu mentua. So far aku belum pernah dapat kes ayah atau ayah mentua yang jadi pengupah. Aku pun tak tahu, ibu jenis mana yang sanggup menyihirkan anak dan menantu. Hati orang perempuan ni memang payah utk difahami.
Memang ada ibu yang brutal, suruh anak ceraikan isteri kalau anak tidak mahu diganggu oleh jin-jin yg dihantar olehnya. Kes ini masih berterusan sampai la ni. Tak kan nak baca Yassin 7 mubin. Karang sakit atau mati mak sendiri. Yang pasti bomoh saling berganti le. Tumbang satu, dia cari bomoh lain. Bila dah bergaduh dgn mak maka anak-anak mak yg lain sure sokong mak mereka. Panjang ceritanya.
Ada juga mak sihir anak supaya anak jantan dia tak lupakan diri dia kat kampung. Akibatnya anak tu kalau kat balik rumah sendiri (rumah anak bini dia), akan jadi zombie. Kalau ada perawat dah pulih, mak akan datang kerumah anak dgn barangan dapur dan masak utk anak. Lepas tu anak jadi zombie balik. Never ending punya story la...
Kalau pengupah tu adalah ex-girlfriend atau ex-boyfriend mudah aje settle. Kasi mati aje.
2. Abang dah tak bermaya
Pada lelaki ukuran menjadi perkara utama tetapi tidak bagi wanita (aku rasa le, korang tanya isteri masing-masing le).
Suami ni selalunya tahu lepas hajat dia aje, lupa nak tanya isteri puas atau tidak. Bagi suami tu dia ingat dia dah settlekan tuntutan nafkah batin. Isteri pulak, beritahu le suami tu, suruh dia pi berubat. Jangan simpan dlm hati. Luahkan aje. Tak beritahu macam mana nak tahu. Betul tak.
Pergi urut, beli gelang dan makan ubat. Pasal ubat, pastikan doktor yg betul, jangan beli ubat kuat kat tepi jalan. Buat tindakan dgn segera. Jangan sampai isteri cerita ketidakpuasannya dgn rakan setugasnya. Sure ada yang offer utk memberi nafkah batin secara percuma. Aku kenal satu group yg dikenali sebagai womanizer, dmereka ni memang suka main dgn bini orang. Once Isteri merasa yg lain, payah le. Dia akan start bertukar pasangan macam tukar tikar getah aje. Yang susah untuk ZINA kali pertama, lepas tu, dia akan buat tanpa rasa bersalah. Bab ni bukan salah isteri tu 100%, salah suami lambat bertindak.
3. Kurang perhatian dari suami
Suami ingin memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Maka suami kerja siang malam kumpul harta.
Suami keluar pagi, pagi baru balik. Keluar pagi balik pagi.
Masa tengah kemaruk kerja tu, bila nak keluar kerja jam 7.00 pagi, anak siap tanya:
"ayah balik malam ke balik pagi"
Kalau balik malam tu maknanya suami akan sampai rumah dlm jam 7.30 mlm, kalau pagi tu mungkin sampai rumah dlm jam 2 atau 3 pagi. Balik aje, terus cium dahi anak, cepat-cepat dia peluk aku, lepas setengah jam, baru le aku dapat 'lepaskan' diri. Lepas tu giliran isteri la pulak. he he he. Sebab itu sibuk macam mana pun, hari minggu sepatutnya suami tak akan terima sebarang job.
So sesibuk mana kita, pastikan kita ada masa untuk anak dan isteri. Kalau tidak nanti pasti ada yang sudi menemani isteri dan anak-anak kita.
Tunjukkanlah kasih sayang kat anak dan isteri. Setakat harta benda tak kemana perginya. Kena peluk dan cium mereka. Bawa mereka berjalan-jalan kat Taman dan sebagainya.
Janganlah dah penat kerja 5 hari, hari sabtu dan ahad kita dok tidur kat rumah aje.
4. Kawan ONLINE
Surat khabar semalam ada berita awek-awek terkulai dgn pak we yg dikenali di Internet. Walaupun sudah acap kali suratkhabar berita macam ni, masih lagi ada yang terperangkap dengan cinta Internet ini.
Facebook, MySpace dan berbagai social networking website adalah cara paling mudah untuk mendapatkan pasangan atau menghilangkan keboringan duduk seharian di rumah. So sesekali check le Facebook isteri tu. Aku ada beberapa kes isteri bercinta dgn kawan online dia. Kalau tak berjumpa lagi masih ada harapan. Kalau pernah berjumpa dan berkenan, harapan tipis sebab cinta atas kerelaan diri sendiri.
Maka berhati-hatila kalau isteri jenis Celik IT.
5. Suami memang haprak
Ini aku no komen la... memang patut curang pun ......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan