Setiap orang punya sahabat, aku juga punya sahabat.. seingat aku seusia aku baru 5 tahun aku dah punya sahabat karib bernama Fadzillah. Anak cikgu tadika aku sendiri. Aku tak dapat menyatakan kenangan2 manis aku dengannya sebab masih terlalu kecil ketika itu.. tetapi aku memang aku ingat wajah dan namanya, masa aku di sekolah rendah pula, sahabat karib aku dikenali dengan nama Nur Fazida. Rumahnya lebih kurang 1km dari rumah ku.. tapi tiap2 hari kalau aku hilang dari rumah maknanya dirumahnyalah aku bermain.. Persahabatan terputus apabila menjengah ke usia remaja bila kami ke sekolah menengah yang berlainan.



Sehinggalah aku tamat sekolah hubungan aku dengan Nadiah dan Am tetap terjalin. Malah pernah persahabatan aku dengan Am disalah erti kerana kami sangat rapat.
Bila aku berkahwin pada usia yang sangat muda, aku dapat rasakan yang hubungan aku dengan kedua2 sahabat ini makin menjauh.
Selepas usia perkahwinan aku lebih kurang 3-4 tahun, aku bertemu balik dengan Nadiah. Seronok bukan kepalang.
Selepas itu aku mula menjejaki Am..Aku dapat menghubunginya kembali melalui jejak rakan dalam laman sosial MySpace. Am sekarang dah jadi penyanyi dah punya album sendiri. Alhamdulillah persahabatan ini kembali terjalin malah menjadi lebih erat...
Sahabat-sahabatku... I Love U all...